Lirik Lagu Ben ladin – Rampung

judul lagu : rampung
Penyanyi :  Ben ladin

Lirik Lagu Rampung

Masih ramai yang bertanya
Asalku dari mana
Hikayatku dibaca
Ben ku diberi nama

Masih ramai mencari
Seru namaku berkali
Pintu mana yang dicari
Aku empunya kunci

Salam sua kenapa duduk luar
Tak jump jalan masuk ni ku tunjuk jalan keluar
Pasang sua cuba terangkan minda dan hati
Pak belalang jumpa simba bergema hikayat sang sakti

Mereka makin riuh lepas warkah yang pertama
Marjina angkat jari ibu ramai yang gumbira
Baling dadu kita tengok siapa yang kena
Jangan kamu cuba semu takut tidur tak lena

Beradab banyak cara biadap jangan sekali
Yang jerung atas darat laratnya makan berkali

Tahu menyorok sepi
Tidak pula diolok geli
Yang mahunya dibeli
Al-kisah si anak seni

Masih ramai yang bertanya
Asalku dari mana
Hikayatku dibaca
Ben ku diberi nama

Masih ramai mencari
Seru namaku berkali
Pintu mana yang dicari
Aku empunya kunci

Dulu bersemuka salam suka kenyit mata
Kenapa sekarang lagak gaya macam kasim baba,
Cuaca makin cerah yang diluar bagaimana?
Walau tusuk duri takkan ku berputus asa,

Hikayat pertama akhirnya bergema
Serapah dibaca penyambung cerita

Masih ramai yang bertanya
Asalku dari mana
Hikayatku dibaca
Ben ku diberi nama

Masih ramai mencari
Seru namaku berkali
Pintu mana yang dicari
Aku empunya kunci

Masih berdendang menari di akhir seloka,
Masih sempurna walau lama tidak bersua,
Makcik pakcik adik abang makin nampak suka,
Ku cuba tutup lama yang baru kini dibuka,

Mantera dibaca tanda penutup bicara,
Macam katam baca jawi rumi alif ba ta,
Rampung ngiseng bakal jadi penyambung suara,
Ben Ladin sembah salam moga bertemu

Masih ramai yang bertanya
Asalku dari mana
Hikayatku dibaca
Ben ku diberi nama

Masih ramai mencari
Seru namaku berkali
Pintu mana yang dicari
Aku empunya kunci

Ben Ladin

Tags: