Lirik Lagu Zizan Razak feat. Ismail Izzani – Berserah

Download Unduh Lagu Mp3 Zizan Razak feat. Ismail Izzani - Berserah

Zizan Razak feat. Ismail Izzani – Berserah
Artis/Penyanyi: Zizan Razak feat. Ismail Izzani
Judul: Berserah
Album: Singel Lagu Baru
Year: 2019

Lyrics Zizan Razak feat. Ismail Izzani – Berserah

Lirik “Berserah” oleh Zizan Razak & Ismail Izzani

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada-mu
Tapi ni pilihanku

Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo
Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu
Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu
Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu
Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari
Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah
Bukan bersama jebat walau gaya tolak tuah
Bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan
Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada-mu
Tapi ni pilihanku

Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi
Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh
Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu
Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci
Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa taubat itu hak aku
Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin ku pinta

Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada-mu
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada-mu
Tapi ni pilihanku

Satu kali salah, dua kali salah
Tiga kali sampai berapa kali boleh salah
Lumrah manusiawi bila lebih dua kali
Takkan kita diberi peluang lagi
Ku berserah
Bukan cuba tegakkan benang yang basah
Yang ku lakukan ini salah tetap salah
Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum
Jumpa lagi nanti, salam
Assalamualaikum

Tags: